Saturday 2 July 2011




best uh msuk klab rkan muda,bnyk atvti yg lsak..best-best lgi dpt knl nan owg yg sporting...jom ar join klab niey...mzty rugi lau xjoin klab kmi....hehehehehe

Kes Gejala Sosial

 
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat  untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai  murni kemanusiaan serta agama.

Friday 1 July 2011

Kes Buli Di Kalangan Pelajar

Buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.
Isu kes buli dan gangsterisme di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka . Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti . Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa.
Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd Hadzrin Mohamad setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih, meninggal dunia pada 21 Februari 2009.
Banyak faktor yang mempengaruhi kes buli ini antaranya masalah disiplin yang semakin merosot di kalangan pelajar, kelemahan peraturan sekolah dan sikap tanggungjawab guru terhadap pelajar, sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan mengenepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan.

Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan sama ada dari jabatan kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan mengenai langkah-langkah yang pelu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Beberapa skil komunikasi sosial yang diperlukan ialah pengurusan konflik (conflict resolution), pengurusan kemarahan (anger resolution), skil asertif (assertive skills) dan skil perundingan (negotiation skills). Setiap sekolah juga perlu menganjurkan program khas pembentukan peribadi pelajar sebagai usaha menangani gejala buli yang semakin menular.

Buangan Bayi

Bayi baru lahir dibuang dalam longkang

 
HAMID Marsuki menunjukkan tempat dia menemui mayat bayi lelaki di Taman Mekar, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, semalam. (Gambar kecil), mayat bayi yang masih lengkap dengan tali pusat dan uri.

 
BATU PAHAT 29 Jan. – Apalah dosa seorang bayi yang baru dilahirkan ini apabila dia diperlakukan seperti haiwan dan dicampakkan ke dalam sebuah longkang di Taman Mekar Air Hitam, dekat sini hari ini.
Namun itulah terjadi terhadap si kecil ini yang mayatnya ditemui oleh pekerja kontrak di dalam longkang sebuah kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan.
Mayat bayi lelaki itu ditemui Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Menurutnya, dia terkejut melihat mayat bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter.
“Saya dapati bayi tanpa seurat benang berada dalam keadaan mengiring, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong.
“Mungkin dibuang pada lewat malam atau awal pagi ini kerana pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi semalam, kami masih menjalankan tugas bina longkang dan tembok rumah di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris ketika dihubungi berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.
Menurut beliau, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.
Ibrahim meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Jenis Tudung

               
Latar Belakang
Kedai tudung syria, tudung melayu, tudung shawl dan tudung dubai. Website : www.tudungsyria.net Twitter : www.twitter.com/tudungsyria
Keterangan
Kedai tudung syria online yg menjual anak tudung syria, tudung syria plain, tudung syria cotton.
Produk
tudung syria, tudung shawl, tudung dubai
Emel
admin@tudungsyria.net
Laman Web
  TUDUNG SYRIA

JenisTudung

                             TUDUNG ARIANI
  • Setelah sekian lama menjadi dealer kepada Ariani dan deZahra, rasanya dah sampai masa untuk kami maju setapak lagi dan keluarkan brand kami sendiri.
  • Kualiti tudung kami adalah setanding dengan jenama-jenama ternama dan ulung yang kami telah jual sekian lama ini.
  • Kami juga telah menghantar beberapa pasang tudung yg dah siap kepada beberapa orang customer setia kami yang begitu arif tentang kualiti Ariani dan deZahra untuk tujuan mendapatkan feedback ( moon75 di Kedah, Ayu di Trengganu dan Nooraida di Melaka). Kesemua mereka sangat berpuas hati dengan kualiti, jahitan dan harga tudung kami

artis kegemaran